Tiada Lagi ‘Caj Tersembunyi’ Ketika Beli Tiket Penerbangan
Ini sudah tentu berita baik untuk anda yang gemar melancong! Mulai 1 Jun ini, anda tidak lagi perlu risau lagi tentang caj tambahan setiap kali membeli tiket penerbangan.
Ia selaras dengan penguatkuasaan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2019 (MACPC).
BACA: Tiada Lagi Bagasi Percuma Untuk Tiket Termurah Malaysia Airlines
Pindaan yang diwartakan pada 10 Mei lalu itu yang bertujuan menghapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan juga perlu menyenaraikan harga muktamad tiket penerbangan bagi tujuan pengiklanan dan juga sewaktu pembelian tiket.
Harga muktamad itu merangkumi tambang asas termasuk semua caj yang perlu dibayar kepada syarikat penerbangan, cukai dan fi yang dikenakan oleh kerajaan, fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga surcaj bahan api.
Dalam pindaan baru itu juga, pembayaran balik tiket penerbangan perlu diremit kepada pengguna penerbangan dalam masa 30 hari daripada tarikh permohonan bayaran balik.
Selepas ini tak perlu bimbang lagi setiap kali membeli tiket penerbangan dan boleh la pergi bercuti dengan senang hati.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kambing Golek & Satay Pilihan Hati
- SUMBER
- Astro Awani