Tiada Lagi ‘Raba-Raba’ Badan Penumpang Di KLIA
Ini merupakan berita baik buat penumpang kapal terbang apabila Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan selepas ini tiada lagi pemeriksaan tubuh di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.
Loke berkata, tiada lagi kaedah ‘raba-raba’ berikutan pemasangan mesin pengimbas x-ray penumpang yang dinaik taraf oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
BACA: Selalu Naik Kapal Terbang? Hati-Hati Dengan Sindiket Ini
Ujar beliau lagi, ramai penumpang berasa tidak selesa apabila pemeriksaan dilakukan ke atas tubuh mereka. Bagaimanapun prosuder itu perlu dilakukan atas tujuan keselamatan.
“Jadi tiada lagi ‘raba-raba’ menjelang separuh kedua tahun depan kerana pegawai keselamatan lapangan terbang tidak lagi perlu melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tubuh penumpang,”
“Walaupun seorang menteri, apabila saya melalui mana-mana pintu masuk di sini (di lapangan terbang), saya juga perlu melalui pemeriksaan tubuh. Jadi, akan ada mesin dan kemudahan baharu yang ditempatkan untuk menambah baik perkhidmatan di lapangan terbang,” katanya kepada Astro Awani.
Mesin pengimbas x-ray penumpang yang baharu itu dijangka akan dipasang pada suku kedua tahun depan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Awani