Tiada Lagi Tambah Nilai Di Semua Lorong Mulai 5 November
Nampaknya, pengguna jalan raya perlu bersiap sedia dan menyemak baki Touch’n Go terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan kerana mulai esok iaitu 5 November, tiada lagi perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar tol seluruh negara.
PLUS dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di lorong keluar plaza tol Wilayah Utara dan Selatan serta memastikan keselamatan pekerja tol.
BACA: Semua Lorong Tambah Nilai PLUS Ditutup Sehingga 29 Oktober
Bagaimanapun, pusat khidmat pelanggan dan lorong tambah nilai di lorong masuk plaza tol terpilih masih disediakan dan beroperasi seperti biasa.
Sehingga kini, terdapat lebih 11,000 kemudahan tambah nilai di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), stesen minyak, kedai serbaneka, hentian rehat dan pusat beli belah.
Dalam pada itu, PLUS berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi memastikan kiosk ‘Touch ‘n Go’ beroperasi dalam keadaan baik setiap masa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Bernama