Seharian berdepan dengan tugasan di rumah atau pejabat boleh membuatkan seseorang itu mudah berasa tertekan. Seperti diketahui, senaman bukan saja menyihatkan tubuh badan malah dapat mengurangkan tekanan.

Zaman sekarang sudah ada pelbagai jenis senaman antaranya zumba atau aerobik yang kebiasaannya turut disertakan dengan muzik rancak bagi menambahkan semangat.

BACA: Brunei Batal Hukuman Rejam Sampai Mati Pesalah Seks Sejenis

Namun berbeza di Brunei Darussalam dimana mereka bersenam dengan alunan zikir dan memuji nama Allah.

Baru-baru ini, tular satu video di Facebook memaparkan sekumpulan peserta dalam sebuah program sedang melakukan beberapa jenis senaman regangan badan sambil berselawat yang dikendalikan seorang jurulatih senaman.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji inisiatif yang dilakukan oleh pemerintah Brunei serta mendoakan kesejahteraan negara Islam yang mengamalkan konsep patuh syariah tersebut.

Malah, ada di antara netizen terutamanya rakyat Malaysia berharap agar negara ini boleh melakukan konsep yang sama untuk mendapat keberkatan dalam masa sama melakukan perkara yang menyihatkan tubuh badan.

Bagaimanapun ada yang memberikan pendapat konsep seperti itu tidak sesuai dilakukan di Malaysia memandangkan negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱