Adat berumah tangga pasti ada cabarannya. Setiap pasangan juga mempunyai halangan dan cara tersendiri untuk mengatasi halangan tersebut.

Seorang lelaki dikatakan merajuk dengan isterinya selama hampir 10 tahun dan selama itu dia menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, China.

BACA: Merajuk Punya Pasal…

Sumber dari dailymail.co.uk

Wei Jianguo, 53 tahun, berasal dari Beijing, membuat keputusan keluar dari rumah dan menetap di lapangan terbang itu sejak tahun 2008.

Sumber dari dailymail.co.uk

Dia yang juga seorang penganggur memberitahu dia selesa menetap di situ kerana ia hangat serta boleh makan dan minum bila-bila masa, lapor Video Pear.

Sumber dari dailymail.co.uk

Bukan itu saja, Wei juga membuat satu dapur mudah alih menggunakan periuk elektrik yang dibawa dari rumah.

Sumber dari dailymail.co.uk

Malah, dia turut menyimpan beberapa barang keperluan yang dibawa dari rumah ke dalam troli di lapangan terbang tersebut.

Sumber dari dailymail.co.uk

Wei sempat menunjukkan tempat tidurnya di mana dia menyiapkan tempat tidur beralaskan selimut di atas lantai.

Menurutnya, punca utama dia keluar dari rumahnya kerana isterinya tak benarkan dia minum di rumah.

Sebenarnya, dia ada menerima bantuan kerajaan sebanyak 1,000 yuan (RM620) pada setiap bulan. Mungkin satu hari nanti Wei akan pulang ke rumahnya bila dia rindukan keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Duduk Di Hutan Sebab Tak Tahan Isteri Bebel
Suami Isteri Gaduh Sebab Ubat Gigi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Apa KOrang Hantar Pada Kami! 😍 😍 😍 | MailTime #1