Peniaga dalam talian mesti sudah terbiasa menghadapi situasi pelanggan batal tempahan di saat terakhir terutama mereka yang menjual makanan contohnya kek.

Seorang wanita membatalkan tempahan kek perkahwinan kepada seorang pembuat kek dengan alasan yang tak munasabah mengundang padah apabila dia didapati memesan kek daripada pembuat kek lain.

BACA: Impian Kek Kahwin Rakan Musnah

Seorang pembuat kek di Kelantan, Isaac Olswen memuatnaik status untuk dijadikan pengajaran kepada semua orang mengenai sikap salah seorang pelanggannya.

Menurutnya, pelanggannya itu membatalkan tempahan kek kahwin dengan alasan bakal suaminya meninggal dunia. Ada ke patut bagi alasan macam tu?

Selepas itu, pelanggan tersebut dikatakan menempah kek dengan pembuat kek lain di negeri itu dan secara kebetulan dia merupakan kenalan Isaac.

Namun, rakan Isaac tak dapat menerima tempahannya dan meminta Isaac membuat kek wanita itu.

“Bila cek balik nama, number phone dan gambar rupanya customer tu orang sama yang kematian bakal suami,” katanya.

Malah, warga laman sosial juga mempersoalkan alasan dan tindakan pelanggan wanita itu yang dianggap memalukan diri sendiri.

Dunia ni kecil saja jika kita nak menipu orang. Isaac juga berpesan kepada para pelanggannya agar tak menipu dan beritahu awal jika mahu batal tempahan kek. Mudah bukan?

ARTIKEL BERKAITAN:
Jual Kek Batik Dapat RM10,000 Sebulan
Ibu Tunggal Berbakat Buat Kek Bentuk Ular

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan