“Total Barang Rumah RM24,000, Gila Macam Mana Nak Kahwin”
Perkahwinan bukan perkara mudah, sebelum berkahwin perlu menyediakan rumah dan segala kelengkapan untuk memberikan keyakinan kepada bakal mentua bahawa lelaki yang bakal mengahwini anak perempuan mereka mampu memberikan kehidupan yang baik.
Sekarang banyak perkongsian di media sosial mengenai cara untuk membeli rumah pertama. Tidak kurang juga, ada yang tidak lokek untuk berkongsikan cara mengias rumah dengan modal murah.
BACA: Pengguna Boleh Sewa Perabot IKEA Bermula Bulan Hadapan
Namun perkongsian seorang lelaki ini mengenai barangan keperluan rumah boleh dikatakan agak mahal. Lelaki itu juga turut mempersoalkan dengan harga tidak masuk akal itu, bagaimana lelaki diluar sana hendak berkahwin.
Before married, i should have these basic items in my house;
Tv rm2499
Bed frame rm1499
Mattress + Pillow rm2397
Sofa rm3185
Dining set rm3060
Wardrobe rm4395
Refrigerator rm3499
Washing machine rm1999
Air conditioning rm1601Total rm24134
Gila cane nk kawen ni 😂😂
— ハディ (@_HadiGhazali) March 17, 2019
Lelaki itu turut berkongsikan gambar-gambar barangan tersebut dimana kebanyakannya daripada gedung perabot popular, IKEA.
Perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen ada yang bersetuju dan ada yang berpendapat tiada keperluan untuk membeli barangan rumah mencecah ribuan ringgit.
Ada juga netizen mengatakan tiada salahnya jika mampu tetapi fahamkan antara keperluan dan kehendak. Malah ada yang berpendapat, jika baru berkahwin belilah barang yang benar-benar perlu atau boleh dapatkan perabot terpakai.
Apa pun tiada salahnya untuk membeli kelengkapan rumah murah atau pun mahal, ikut ‘poket’ masing-masing. Tetapi jika tak mampu, lebih baik beli perabot dengan harga berpatutan dan jangan sampai berhutang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Hadu Ghazali