Bahang Pilihan Raya ke-14 semakin terasa. Hanya tinggal dua minggu saja lagi sebelum tiba hari mengundi yang jatuh pada 9 Mei depan.

Jika sebelum ini, Barisan Nasional dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) sudah mengemukakan manifesto mereka, kali ini giliran Pakatan Harapan (HARAPAN) pula.

BACA: Ibu Bersalin Cuti 2 Tahun Jika PAS Jadi PM

Memetik laporan MalaysiaKini, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir akan mengisytiharkan 10 dan 11 Mei sebagai cuti umum sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14.

“Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka cuti. Tapi ini kali, ini kali sahajalah,” katanya ketika berucap dalam taklimat calon HARAPAN.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat Malaysia berpeluanh untuk berehat selama lima hari dengan mengambil kira cuti hujung minggu jika HARAPAN menang.

Beliau berkata lagi, cuti tambahan itu bagi menggalakkan dan meyakinkan rakyat untuk pulang mengundi dan seterusnya menyambut ‘kemenangan rakyat’.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU
Demam PRU, Tudung Logo Parti Dapat Sambutan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)