Tuntut Keadilan Untuk Muslim, PM NZ Terima Ugutan Bunuh
Insiden tembakan di Christchuch Jumaat lalu sehingga mengorbankan 50 nyawa ternyata memberi kesan mendalam terhadap seluruh umat Islam seluruh dunia termasuk Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang banyak melakukan perkara luar biasa termasuk menegakkan keadilan buat mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, sokongan yang diberikan PM NZ ini menimbulkan kemarahan beberapa pihak yang membenci Islam.
BACA: Laungan Azan Jumaat Disiar Secara Langsung, Ribuan Rakyat NZ Hadir
Terbaru, pihak polis kini sedang menyiasat mesej ugutan bunuh yang dihantar kepada Jacinda Ardern menerusi media sosial.
Ugutan bunuh yang dimuat naik menerusi Twitter itu turut disertakan dengan gambar sepucuk pistol berserta kapsyen ‘Awak Seterusnya’ dihantar kepada Ardern.
I’ve just reported some death threats against our Prime Minister, complete with pictures of guns, that were tweeted 48 hours ago – if you wouldn’t mind sorting those out while you’re here standing with us.
— Aimee Gulliver (@aimeegulliver) March 22, 2019
Difahamkan, status terbabit dipaparkan lebih 48 jam sebelum akaun Twitter itu disekat selepas dilaporkan pengguna lain.
Satu status berasingan yang ditujukan kepada PM NZ itu dan juga pasukan polis turut menggunakan gambar serta kapsyen sama. Akaun itu didapati mempunyai kandungan berbaur anti-islam dan ucapan pelampau kulit putih.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- NZ Herald