Turun 4Kg Seminggu, Dr. Soo Wincci Kongsi Diet Detoks Berkesan!
Pasti ramai di antara anda berazam untuk kurus pada tahun 2019. Tapi janganlah biarkan azam anda itu hanya angan-angan kosong sahaja seperti tahun-tahun lalu.
Mungkin anda boleh cuba tips kurus yang dikongsikan oleh Dr. Soo Wincci ini dengan hanya mengamalkan menu diet detoks. Menerusi Instagram, Wincci berkongsikan lima jenis makanan yang diamalkannya yang mampu mengurangkan berat badan 3-4 kilogram dalam seminggu.
BACA: Lelaki Ini Kongsi Kisah Turun Berat Badan 50Kg
Paling penting, resepi ini hanya menggunakan bahan semulajadi dan tak perlu gunakan produk yang mahal-mahal. Lepas ni boleh la miliki bentuk badan seperti Ratu Cantik.
Menurut Wincci, dengan hanya mengamalkan menu detoks menggunakan bahan-bahan yang dikongsikan ini dan dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 3-4 kg dalam masa seminggu.
a) Teh kayu manis kunyit
b) Kopi
c) Telur Rebus
d) Kacang
e) Buah Oren
Dalam pada itu, Wincci turut berkongsikan resepi diet untuk peminatnya. Katanya lagi, hidangan tersebut boleh dimakan dua hingga tiga kali sehari.
Ujarnya lagi, paling penting pastikan tidur awal serta tiada senaman diperlukan untuk proses detoks seminggu ini dan anda akan hilang tiga hingga empat kilogram.
Tak kisah diet apa yang anda ingin amalkan, pastikan ianya tidak memudaratkan kesihatan. Tetapi, apa yang paling penting ialah semangat dan disiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Instagram Soo Wincci