Ramai yang suka makan makanan laut, tapi tidak tahu bagaimana cara proses pengawetan serta bahan digunakan yang mungkin beri kesan buruk pada tubuh badan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang merupakan seorang pemborong, pengimport dan pengeksport hasil laut tempatan berkongsikan tentang keselamatan dan kebersihan hasil laut yang dikatakan mengandungi bahan pengawet berlebihan sehingga menyebabkan alahan.

BACA: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang Jadi Perhatian

Menurut pengguna Twitter itu lagi, bahan yang digunakan untuk mengawet makanan itu telah digunakan secara berlebihan untuk memastikan kesegaran hasil laut.

Bukan dengki tapi bimbang isu keselamatan & kebersihan

Lepas aku baca isu Udang Galah Viral Rm1 1ekor dari Thailand aku rasa terpanggil nak berkongsi tentang keselamatan dan kebersihan dalam sumber basah makanan harian kita terutama hasil laut. Sebelum korang tuduh aku dengki kepada penjual atau pembeli.

Aku ni pemborong, pengimport dan pengekspot hasil laut tempatan, Thai dan Borneo yang berlesen jadi aku tak ada rasa nak dengki tapi aku rasa bimbang dan nak berkongsi. Setelah sekian lama aku terlibat dalam industri perikanan aku tahu dan arif cara penyimpanan untuk memastikan kesegaran hasil laut.

Bahan tersebut digunakan untuk mengawet mayat

Tahu tak korang jenis bahan apa yang diletakkan didalam tong hasil laut? Bahan itu adalah formalin, bahan yang sama digunakan untuk mengawet mayat. Bahan ini mampu hentikan pengaliran darah dan ksan sampingan yang lain sebab itu kita tengok air ikan, sotong dan udang yang menggunakan formalin bersih tanpa darah.

Bukan terus tak dibenarkan, tapi dibenarkan pada had yang tertentu iaitu untuk 220L air hanya dibenarkan 0.01% campuran formalin ataupun 5mikrogram per 1gram. Cuba bayangkan berapa banyak je? .

Ramai tak ikut piawaian sebab kurang pemantuan

Tapi realitinya di dalam industri perikanan jarang sangat ikut piawaian terutama Ikan, udang galah, sotong dan lain lain terutama yang dibawa masuk dari Thailand di sebabkan kurang pemantauan dan bukan laluan yang lurus (backdoors).

Ikan di jeti sekalipun belum tentu segar walaupun korang tengok macam segar, sebagai contoh Boat C2 diaorg keluar atleast a week. Cuba bayangkan macam mana ikan diaorg tahan sampai seminggu kadang-kadang smpai 2 minggu tanpa melalui proses IQF yang kebiasaanya digunakan di dalam kapal salmon.

Ni contoh gambar di Jeti Ranong Thailand minggu lepas, air tak putih dan tak merah tapi air silver. Mana darah? Itu adalah 1%-2% campuran kandungan formalin bersama air laut menjadikan air nya silver.

Kaedah digunakan pada Udang Galah, penjual sila semak dulu

Kaedah sama juga yang digunakan pada Udang Galah. Kepada penjual semaklah balik bekalan anda. Belum cerita halal haram formalin pun boleh membahayakan manusia dan haiwan bukan sekadar ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi je. Walhal kucing dan anjing korang pun bahaya makan.

Cuba korang bayangkan bertapa seriusnya benda ni. Susah aku nak percaya sebarang hasil laut dan udang galah sampai ke Malaysia dari Thailand yang ambik masa 2 hari nak sampai tetap nampak segar tanpa letakkan bahan formalin yang berlebihan, dahla dengan transit lagi bla bla.

Yes betul, orang makan udang tu dia alergik. Tahu tak in the first place formalin ni ada lah antara reason kenapa awak alergik seafood? Simpton alergik kerana formalin senang je. Mata berair , mual muntah, tubuh panas dan sakit kepala. Simpton ni semua akan rasa serentak.

Susulan isu tersebut, Jabatan Perikanan turut memberi respon positif untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan dengan memperketatkan keselamatan, kesihatan dan pintu masuk. Diharap penjual lebih peka dan semak bekalan hasil laut terlebih dahulu sebelum dijual kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tahun 2017, Harga Ikan Semakin Gila!
Ikan Bilis Sajat & Fazura Laku Teruk!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱