Ugut Bunuh Diri Sebab Suami Tak Belikan Bubble Tea
Sebut je minuman bubble tea, pasti ramai yang sukakan rasanya. Memang seronok lepak dengan kawan-kawan sambil menikmati bubble tea. Namun berbeza wanita ini yang sanggup mati kerana minuman bubble tea.
Memetik laporan World of Buzz, seorang wanita berusia 23 tahun bertindak mengunci dirinya di dalam bilik mandi dan mengugut untuk membunuh diri kerana tidak dapat minuman bubble tea kegemarannya. Kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku di Taichung, Taiwan.
BACA: Roti Bakar ‘Telur Katak’ Jadi Kegilaan Di Singapura
Menurut suaminya, mereka pergi berjalan-jalan ke sebuah bandar di pantai barat Taiwan. Sepanjang perjalanan isteri tanpa henti memberitahu keinginannya untuk menikmati minuman bubble tea tetapi suaminya tidak memandang serius dengan permintaan isterinya itu. Jadi, dia terus memandu pulang ke rumah dan tidak mempedulikan keinginan isterinya.
Tiba dirumah, isterinya terus menangis dan mengatakan mahu membunuh diri serta bertindak mengurung dirinya di dalam bilik air. Isterinya turut menjerit bertanyakan kepada suaminya mengapa tidak membelikannya minuman bubble tea.
Jeritan isterinya itu mengejutkan jiran berdekatan yang menghubungi polis. Pihak polis yang berada di tempat kejadian memujuk untuk membuka pintu, namun wanita itu enggan berbuat demikian.
Pihak polis hanya mampu menenangkannya selepas memberikan kaunseling selama setengah jam. Pasangan itu kemudian pergi bubble tea yang diinginkan.
Disebabkan insiden tersebut, sebuah kedai minuman bubble tea di Taiwan menjadi tumpuan ramai dan dalam tempoh satu jam sebanyak 300 cawan bubble tea terjual. Laku betul!
ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- World of buzz