Umpan Aiskrim Sebelum Cabul
Memandangkan sekarang sudah mula musim cuti sekolah, ramai ibu bapa membiarkan anak mereka bermain di luar rumah bersama rakan-rakan tanpa pengawasan ibu bapa.
Sebenarnya, di sekeliling rumah juga kanak-kanak boleh terdedah dengan bahaya terutama kanak-kanak perempuan. Seorang kanak-kanak perempuan dicabul oleh jirannya sendiri sejak setahun lalu di Ayer Itam, Pulau Pinang.
BACA: Perangai Orang Malaysia Tak Senonoh Buat ‘Akak Shell’ Tak Selesa
Bermodalkan aiskrim dan wang ringgit, seorang lelaki warga emas tergamak mencabul anak jirannya yang baru berusia tujuh tahun dan kegiatannya terbongkar setelah mangsa menceritakan kepada keluarganya dan menghubungi Talian Nur.
Menurut satu sumber, warga emas berusia 61 tahun itu akan ‘mengumpan’ mangsa dengan aiskrim supaya mangsa merahsiakan perkara tak senonoh itu setiap kali mencabulnya.
“Mangsa memberitahu suspek memasukkan jari dalam kemaluannya selain turut meraba seluruh anggota badan dan juga pelbagai aksi tidak senonoh lain,” jelas sumber itu.
Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar kawasan rumah mereka selama setahun sebelum perbuatan terkutuk suspek terbongkar.
“Hasil pemeriksaan mendapati ada koyakan lama pada kemaluan mangsa namun doktor belum dapat memastikan punca koyakan terbabit,” katanya.
Berikutan itu, suspek kini direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Bermacam-macam kes sebegini dilaporkan sejak kebelakangan ini dan diharap ibu bapa dapat memberi perhatian lebih kepada anak-anak sebelum perkara tak diingini terjadi ke atas mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?
Edar Kondom Percuma Galakkan Seks Bebas?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pekena ROti Celaru & Mancing Tepi BEndang
- SUMBER
- HARIAN METRO