Umur Baru 10 Bulan, Berat Cecah 28KG
Setiap ibu bapa mengharapkan anak mereka membesar dengan sihat namun bagi pasangan ibu bapa di Mexico, keadaan anak mereka mencetuskan kebimbangan ekoran anak lelaki mereka sudah pun mencecah berat 28 kilogram meskipun baru berusia 10 bulan.
BACA: Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa Dua Bulan
Ibu bapa mana yang tidak bimbang dan terkejut apabila anak mereka yang berusia kurang setahun sudah mencapai berat kanak-kanak berusia 9 hingga 10 tahun?
Berat badan Luis Manuel Gonzales naik dengan mendadak sehingga mengatasi berat badan abangnya, Mario, yang berusia tiga tahun.
Meskipun lahir dengan berat badan normal 3.5kg, tubuhnya naik mendadak ketika memasuki usia dua bulan sehingga ibunya, Isabel Pantoja, 24 tahun, menyangka senario itu berpunca daripada susu badannya.
Memasuki usia 10 bulan, berat badan kanak-kanak itu naik sehingga 28kg; kenaikan 18kg dalam tempoh hanya 8 bulan.
Keadaan itu turut memaksa ayahnya, Mario Gonzales terpaksa membawa Luis ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dengan bantuan kereta sorong ekoran terlalu berat.
Para doktor mengemukan teori bahawa kanak-kanak itu menghidpai sindrom Prader-Willi, iaitu masalah genetik yang menyebabkan kanak-kanak berasa lapar sepanjang masa namun ibu bapanya menyangkal dakwaan itu kerana Luis diberi makan waktu yang sama seperti abangnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pyan Dah Gemuk, Perut Berlapis Teruk?
- SUMBER
- Free Malaysia Today