Menjadi seorang pelajar memang agak sibuk dengan aktiviti seharian sehingga mereka tak menjaga pemakanan dengan betul. Makan lewat malam juga dianggap normal kerana mereka terpaksa menyiapkan tugasan diberikan dan pastinya perut akan cepat lapar.

BACA: Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus

Berikutan itu, sebuah universiti di China menyediakan kursus khas untuk pelajar yang ingin menurunkan berat badan.

Kursus itu disediakan bertujuan untuk mengatasi masalah obesiti di universiti timur China tersebut.

Pelajar-pelajar digalakkan untuk menurunkan berat badan dengan kombinasi latihan dan diet, lapor televisyen Jiangsu.

Gambar sekadar hiasan

Malah, 60 peratus gred pelajar akan dikira berdasarkan penurunan berat badan mereka dalam kursus ini.

“Sebagai motivasi, kita mewujudkan satu kursus bagi membolehkan mereka menurunkan berat badan secara langsung menerusi pemberian markah,” ujar pensyarah universiti tersebut, Zhou Quanfu.

Idea ini sangat bernas dan dapat menggalakkan para pelajar untuk lebih bersemangat dalam menurunkan berat badan di samping dapat menaikkan gred mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Amylea AF Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 8Kg Sebulan
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg
Dulu Diejek ‘Badak Sumbu’, Kini Cantik Sungguh!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tergeliat Lidah Nak Sebut