‘Ustaz’ Pedofilia Dihukum Penjara 15 Bulan
Bekas pengasas pusat kebajikan, Zahari Alwi, 56, yang juga dipanggil ‘ustaz’ dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas dua pertuduhan, mengaibkan kanak-kanak berusia 10 tahun 3 bulan dengan cara membuka pintu bilik air ketika dia berada di dalamnya dan memiliki video lucah mangsa.
Memetik laporan Harian Metro, Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu selepas Zahari menukar pengakuan kepada bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.
BACA: Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun
Zahari dihukum penjara 15 bulan bagi tuduhan mengaibkan kehormatan kanak-kanak itu, manakala bagi tuduhan memiliki bahan berunsur lucah, tertuduh dihukum penjara 13 bulan. Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak, pada 16 Januari lalu.
Tertuduh yang mempunyai dua isteri itu didakwa melakukan kesalahan itu dengan maksud ingin mengganggu kesantunan kanak-kanak perempuan itu di bilik air rumah di Taman Seri Keramat pada Disember 2015.
Mengikut pertuduhan kedua pula, Zahari didakwa memiliki filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di dalam komputer riba di alamat yang sama pada 7 petang, 10 Januari lalu.
Terdahulu, peguam yang mewakili Zahari memohon hukuman penjara berjalan serentak bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan anak guamnya itu perlu menyara dua orang isteri.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak memohon hukuman berat memandang serius kes ini kerana membabitkan mangsa berusia 10 tahun malah kanak-kanak perempuan itu masih trauma dengan kejadian menimpa dirinya.
Sebelum ini akhbar melaporkan, sebuah pusat kebajikan diibaratkan ‘neraka’ bagi kanak-kanak perempuan miskin dan anak yatim apabila dijadikan alat pemuas nafsu pemilik pusat berkenaan yang dikatakan suka merakam gambar bogel kanak-kanak perempuan berkenaan ketika mandi selain mencabul dan merogol mereka. Difahamkan, aktiviti tidak senonoh itu dilakukan pemilik terbabit sejak setahun lalu.
jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Puas Hati Pekena Kambing Bakar Kat Setapak Ni 😱
- SUMBER
- Harian Metro