Video Cemas Azizulhasni Diserang Burung
Salah seorang penyumbang emas negara pada Sukan SEA 2017 lalu, Azizulhasni Awang atau digelar The Pocket Rocket Man diserang oleh seekor burung di Melbourne, Australia. Dia sempat berkongsi pengalaman cemas itu dengan memuat naik video diserang burung Magpie di laman sosial Instagram.
BACA: Detik Cemas Kren Terbalik
Jelas kelihatan wajah raja pecut basikal trek negara itu yang terkejut dengan ‘serangan’ bertubi-tubi oleh seekor burung Magpie ketika dia menjalani latihan di negara tersebut.
Ketika kejadian, dia berbasikal seperti biasa namun dipercayai diserang oleh burung itu kerana melalui kawasan yang mempunyai sarang burung berkenaan.
Selain itu, Azizul sempat menceritakan sedikit asal-usul burung Magpie yang disifatkan sebagai protective dan akan menyerang jika ada manusia berhampiran dengan sarang mereka.
“Biasanya penunggang basikal atau orang sedang berjoging yang melalui kawasannya itu akan diserang oleh Magpie tersebut, burung ini hitam seperti gagak tetapi lebih besar dan mempunyai tompokan putih” katanya.
Agak lucu melihat burung itu ‘memukul’ kepala Azizul namun lega bila serangan haiwan itu tidak mencederakannya.
BERITA BERKAITAN:
Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing
Lebih 20 Pelajar Tahfiz Terkorban
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- IG AZIZULAWANGOFFICIAL