Video Saat Akhir Kim Jong Nam Cuba Diselamatkan
Sebuah stesen televisyen di Jepun, Fuji TV telah menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA2 saat akhir abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam sebelum disahkan meninggal dunia. Video tersebut memaparkan Jong Nam terlantar tidak sedarkan diri di atas pengusung ketika sedang diberikan bantuan oksigen oleh pegawai perubatan.
BACA: Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50kg Setahun
Laporan pemeriksaan oleh pihak berkuasa mendapati Jong Nam telah pun dilumur dengan racun saraf VX di KLIA2 pada 13 Februari yang lalu ketika sedang menanti penerbangan ke Macau.
Perbicaraan terhadap dua suspek wanita yang dituduh membunuh Jong Nam sedang berjalan di Mahkamah Tinggi ketika ini dengan seorang warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29 tahun dan Siti Aisyah, 25 tahun dari Indonesia disabitkan dengan jenayah terbabit.
Bagaimanapun, pihak polis masih lagi memburu empat suspek yang disyaki terlibat sama.
Selain itu, rakaman tersebut turut memaparkan salah seorang suspek, Siti Aisyah, telah mengadakan perjumpaan bersama seorang lelaki yang disyaki ejen Korea Utara di sebuah kafe sebelum pembunuhan Jong Nam berlaku.
Laporan oleh Fuji TV mengatakan bahawa lima pegawai perubatan telah ditugaskan membawa Jong Nam ke ambulan sebelum di bawa ke Hospital Putrajaya.
Sebelum itu, doktor yang bertanggungjawab memeriksa keadaan Jong Nam, Dr Nik Mohd Adzrul Ariff Raja Azlan telah memberitahu pihak mahkamah ketika perbicaraan bahawa dia ditemui tidak sedarkan diri ketika pemeriksaan dijalankan di KLIA2 Menara Medical Clinic.
Dia mendedahkan bahawa campuran darah, muntah dan air liur mengalir daripada mulut mangsa namun Jong Nam menampakkan reaksi positif setelah diberi ubat.
Jong Nam dan Kim Jong Un (pemimpin Korea Utara) adalah anak kepada bekas pemimpin, Kim Jong Il, yang meninggal pada tahun 2011 namun memiliki dua ibu yang berbeza.
Laporan awal mengatakan Jong Nam amat rapat dengan pak ciknya, Jang Song Thaek, individu kedua paling berkuasa di negara itu sebelum dikenakan hukuman mati oleh Jong Un pada 2013.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Sebab Kami Tak Nak Balik Dari Jepun
- SUMBER
- Free Malaysia Today