Kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan manusia. Siapa yang bela kucing pasti tahu haiwan itu sememangnya sangat comel dan buatkan kita lupa tentang masalah lain dan tekanan.

Baru-baru ini, video seorang tuan kucing ini membuatkan netizen sebak dan menitiskan air mata apabila melihat kucing kesayangannya pergi buat salama-lamanya. Hanya pencinta kucing sahaja yang merasai kesedihan seperti ini.

BACA: Mata Kucing Dicungkil, Pengguna Laman Sosial Berang

Menerusi perkongsian di Facebook, mereka yang juga pemilik kedai haiwan peliharaan Katsumi Cat sangat terasa kehilangan apabila kucing peliharaannya yang diberi nama Aladdin itu sudah tiada. Kucing tersebut sangat disayangi keluarga dan mereka sudah anggap seperti anak sendiri.

 

Lebih menyedihkan, bayangan Aladdin masih dapat dilihat oleh pemiliknya di sekeliling rumah. Ujarnya lagi, sepanjang hayat Aladdin dia antara kucing yang sangat disenangi. Kemana saja pergi pasti akan ada susuk Aladdin di mana-mana.

 

Di Twitter, video tersebut tular dan menjadi perhatian ramai yang turut merasa sedih melihat keadaan kucing itu yang terkulai layu di dalam dakapan tuannya. Rata-rata netizen mengatakan hanya mereka yang betul-betul sayangkan kucin sahaja yang faham betapa peritnya rasa kehilangannya.

Kata netizen lagi, bukan sahaja anak kecil yang mampu menarik kita masuk syurga, malah kucing pun boleh tarik kita masuk syurga.

Besar pahala buat mereka yang membela kucing.  Rasulullah SAW juga berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥