Viral Beras Palsu, Beras Cap Rambutan Sah Tulen
Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita mengenai beras keluaran syarikat tempatan yang dikatakan menjual beras palsu.
Ia dikatakan beras plastik kerana seorang pengguna laman sosial Facebook memuatnaik video dia membaling nasi ke atas lantai namun tidak berderai atau pecah.
BACA: 5 Perkara Menarik Tentang Nasi Dagang Pak Malau
Video berdurasi selama 1:25 minit itu menunjukkan seorang lelaki pengguna laman sosial Facebook, Mohd Azli Jaffar mendakwa nasi dari beras cap Rambutan adalah beras plastik kerana nasi yang dikepal menjadi bulat itu tidak hancur setelah dibaling beberapa kali ke atas lantai.
Berikutan itu, Pemangku Pengarah Pejabat Kawal Selia Padi negeri, Mohd Hidzir Selamat telah membuat siasatan bersama pasukannya seramai lima orang terhadap pemborong beras Cap Rambutan, syarikat OEL Distribution (Kedah) Sdn Bhd.
Hasil siasatan tersebut mendapati beras dari kilang tersebut diambil dari sumber yang sah serta membuktikan bahawa beras cap Rambutan sememangnya tulen.
“Kami telah mengambil sampel beras dan menjalankan beberapa ujian tekstur dan ujian iodin dan hasilnya kami dapati ia mempunyai kanji dan merupakan beras tulen. Malah kami turut melakukan pemeriksaan ke atas mesin pengampit beras di premis berkenaan dan ia bukan digunakan untuk membuat beras plastik,” ujarnya kepada Bernama.
Walau bagaimanapun, dia tetap akan menghantar sampel beras tersebut ke Jabatan Kimia bagi menjalani siasatan terperinci untuk mengetahui kandungan dan komposisi sebenar beras tersebut.
Malah, pihaknya turut memasak beras itu di kilang terbabit untuk mengetahui sama ada beras diproses itu tulen atau sebaliknya.
Tambahnya lagi, dia menasihati rakyat negara ini supaya tidak mempercayai maklumat yang tidak sahih yang tersebar di laman sosial serta merujuk kepada pihak yang berkuasa dahulu sebelum mempercayainya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Rambang Mata Weh Pilih Lebih 80 Lauk Kat Sini
- SUMBER
- SINAR HARIAN