Mesti ramai yang berdebar-debar untuk menunggu hari esok. Tinggal satu hari saja lagi sebelum tibanya hari Pilihan Raya Umum ke-14 yang jatuh pada 9 Mei ini.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai etika berpakaian apabila ada pihak mengatakan pengundi perlu berpakaian seperti hadir ke pejabat.

BACA: AirAsia Tawar Tambang Murah Sempena PRU14

Namun, menurut SPR pihaknya tidak pernah menetapkan etika berpakaian asalkan memakai pakaian yang sesuai. Pakaian tidak dibenarkan mempunyai sebarang simbol parti politik.

Jika anda bakal mengundi buat kali pertama, wajib baca 5 panduan ini sebelum mengundi esok.

1. Pastikan anda semak tempat mengundi

Sebelum pergi mengundi esok, pastikan nama dan nombor kad pengenalan sudah di daftarkan di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysua (SPR). Boleh semak di laman web SPR. Anda boleh semak lokasi mengundi, daerah, DUN, parlimen dan negeri.

2. Jangan buat undi rosak

Pilihan raya hanya diadakan 5 tahun sekali. Jadi, jangan sia-siakan undi anda. Tapi kadang-kadang kita buat tanpa sedar. Ini antara perkara yang membuatkan undi anda rosak!

  •  Tak dicapkan/ditindik dengan tanda rasmi atau tak ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM)
  •  Undi lebih dari satu calon. Ingat, pangkah satu sahaja!
  •  Ada tulisan atau tanda yang membolehkan pengundi dikenal pasti
  •  Tak bertanda atau tanda selain di tempat atau cara yang sebenar. Jangan pangkah di luar kotak!
  •  Tak menunjukkan dengan jelas tujuan pengundi

3. Jangan lupa 3 perkara ini!

 

  • Bawa MyKad. Ini dokumen paling penting.
  • Keluar awal. Masa mengundi bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.
  •  Pakai pakaian yang sopan dan jangan pakai pakaian yang mempunyai gambar parti/calon.

4. Ikuti 7 langkah ini ketika mengundi

Apabila sampai ditempat mengundi, ikuti 7 langkah ini agar proses pengundian berjalan lancar. Jangan tersilap langkah atau terlepas langkah.

5. Apa perlu buat jika kad pengenalan hilang?

Jika kad pengenalan hilang dan tidak sempat untuk buat yang baru, boleh bawa Pasport Malaysia, lesen memandu bergambar atau kad rasmi pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar anda.

Anda perlu isi borang 11 dan PA atau kerani akan minta kebenaran Ketua Tempat Mengundi untuk melihat wajah pengundi dan bandingkan dengan gambar dalam dokumen yang dibawa pengundi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka