Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam Bermula 1 Ogos Ini
Berita baik buat penjawat awam, pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di agensi kerajaan Persekutuan seluruh negara akanberkuat kuasa 1 Ogos depan menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB).
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019, WBF memberi fleksibiliti kepada pegawai untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.
BACA: Menteri: Cermin Belakang, Cermin Penumpang Boleh Gelap Habis
Tempoh waktu masuk kerja akan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 9 pagi bagi semua negeri.
Tempoh waktu pulang kerja pula antara 4.30 petang hingga 6 petang, kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu antara 3 petang hingga 4.30 petang.
Bagaimanapun, bagi perkhidmatan kaunter, ketua jabatan boleh mengarahkan untuk memulakan tugas pada masa yang dikehendaki.
Dalam pada itu, kerajaan juga memberi fleksibiliti dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- Sinar Harian