Waktu Berbuka Puasa Di Burj Khalifa Berbeza Ikut Tingkat
Setiap kali bulan Ramadan, antara perkara paling penting adalah waktu berbuka puasa. Masa inilah ramai yang tiba-tiba jadi pakar bila masuknya waktu Maghrib.
Pasti semua tahu setiap negara mempunyai waktu berbuka puasa yang berbeza kerana perbezaan zon masa. Tapi siapa sangka menara tertinggi di dunia, Burj Khalifah sebenarnya mempunyai 3 zon berbuka puasa yang berbeza.
BACA: Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah
Pernah anda tak pernah terfikir bagaimana bangunan yang sama tetapi zon masa berbeza?
Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa mengarahkan semua penduduk di Burj Khalifa setinggi 163 tingkat itu mengubah waktu berbuka puasa bergantung kepada tingkat kediaman mereka.
Sejak beberapa tahun lalu, penduduk yang tinggal di bangunan pencakar langit itu perlu menunggu enam minit lebih lama untuk berbuka berbanding mereka yang menetap di kawasan lain.
Fatwa menetapkan tempoh berpuasa penduduk yang tinggal antara tingkat 60 dan aras 120 adalah empat minit lebih lama berbanding kawasan lain di Dubai.
Mereka yang tinggal di tingkat 121 dan ke atas pula perlu berpuasa enam minit lebih lama manakala waktu solat subuh adalah tiga minit lebih awal.
Malah, penduduk di Burj Khalifa menunaikan solat subuh dua minit lebih awal berbanding kawasan lain di Dubai berikutan perbezaan masa berdasarkan ketinggian itu
Menurut ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson, waktu berbuka puasa berbeza di Burj Khalifa adalah kerana matahari terbenam agak lambat di tingkat paling atas menara.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ramai Gagal Masuk Bakeri Ini Tanpa Keluar Beli Apa-Apa 😱
- SUMBER
- Astro Awani