Wanita Dipecat Kerana Tak Balas Mesej Selepas Waktu Kerja
Ada sesetengah pekerjaan, sampai balik rumah pun kerja tak pernah habis. Lagi parah, kalau selepas waktu kerja pun bos masih lagi menghubungi anda untuk menghantar dokumen penting atau siapkan kerja secepat mungkin sampaikan tak boleh tunggu hari esok.
Seperti yang berlaku kepada seorang wanita bernama Wang yang merupakan seorang pengurus kedai minuman dari Ningbo, Zhejiang, China, dimana pada pukul 10.30 malam, bosnya telah menghantar mesej kepadanya meminta wanita itu menghantar penyata kewangan secepat mungkin. Lebih teruk, bosnya mengatakan jika wanita itu tidak membalas mesejnya dalam masa 10 minit, dia akan dibuang kerja.
BACA: Kakitangan Honda Hina Kematian Adib Dipecat Serta Merta
Wang yang ketika itu sudah tidur tidak membalas mesej daripada bosnya itu dalam masa yang ditetapkan. Apa yang mengejutkan, bosnya bertindak membuat pengumuman di dalam group chat syarikat bahawa wanita itu telah dibuang kerja.
Keesokan harinya, Wang yang terbaca mesej tersebut menganggap ianya mungkin hanya gurauan daripada bosnya dan pergi ke pejabat seperti biasa. Tetapi ternyata dia benar-benar dipecat atas alasan tidak munasabah.
Susulan itu, Wang mendapatkan bantuan guaman dan mendapati syarikat tersebut telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang buruh di China.
Undang-undang ada menyebut, selepas waktu kerja pekerja tidak perlu membalas sebarang mesej dan jika syarikat memberikan tugasan selepas waktu kerja ia dianggap sebagai OT dan perlu diberikan bayaran.
Wang menang kes tersebut dan diberi pampasan sebanyak RM11,000 daripada bekas syarikatnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- Mau Kerja