Bila dah penat seharian bekerja, pasti ada di antara anda yang akan akan tertidur setiap kali menaiki pengangkutan awam.

Tetapi apa yang memalukan jika anda secara tidak sengaja terlentok kepala di bahu penumpang lain apabila tertidur. Mungkin ada yang memahami mereka akan menegur cara baik, namun tidak bagi wanita ini.

BACA: Kedah Bakal Ada Pengangkutan Awam LRT 15 Tahun Lagi

Baru-baru ini tular di laman sosial Reddit menunjukkan gambar wanita memegang kayu pencungkil gigi bagi menghalang kanak-kanak lelaki di sebelahnya dari tertidur di tangannya.

Difahamkan, wanita itu bertindak demikian selepas kanak-kanak lelaki itu beberapa kali terlelap di tangannya sepanjang perjalanan.

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan berusia 4 atau 5 tahun dan ditemani oleh seorang wanita dipercayai ibunya.

Trashy lady’s response to a little kid falling asleep on her arm a couple of times from trashy

Bagaimanapun ibu kanak-kanak lelaki itu seolah tidak mengendahkan wanita tersebut terganggung dengan anaknya sedang tidur.

Menurut sumber, wanita itu tidak mahu menukar tempat duduk meskipun suaminya telah menawarkan diri untuk bertukar tempat.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan wanita itu mempunyai hak untuk mempertahankan tempatnya.

Bagaimanapun, ada yang menyalahkan ibu kepada kanak-kanak tersebut yang tidak mengendahkan situasi tersebut.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan wanita itu sepatutnya menegur ibu kanak-kanak tersebut supaya lebih peka dengan apa yang terjadi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?

https://youtu.be/4-6Riav3JYQ