Seorang wanita dari Suzhou, China mahu menyaman dan menuntut pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM17,600) daripada seorang penghantar barang kerana lambat lapan minit menghantar kondom dipesannya.

Pada hari kejadian, wanita itu membeli kondom melalui online selepas dia mendapati stok kondom sudah habis sebelum melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya.

BACA: Kondom Perisa Rendang Kini Dijual Di Pasaran Malaysia

Wanita dikenali sebagai Su itu menonton filem bersama kekasihnya dan membenarkan jejaka itu tidur dirumahnya memandangkan hari sudah lewat.

Walau bagaimanapun, ketika hendak masuk tidur lain yang jadi apabila mereka tidak penat dan mahu melakukan hubungan intim.

Sementara menunggu kondom tersebut sampai, Su membuat keputusan untuk mandi terlebih dahulu. Sebaik sahaja selesai mandi, wanita itu mendapati pesanannya mungkin tiba lewat berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Memetik laporan China Press, Su dan teman lelakinya tidak boleh menunggu lama lagi dan membuat keputusan untuk melakukan seks tanpa memakai kondom.

Difahamkan, pesanannya itu tiba rumah selepas 28 minit kemudian. Apa yang menjadi isu, sebulan kemudian wanita tersebut disahkan hamil.

Tidak puas hati di atas apa yang berlaku dan meletakkan kesalahan itu pada penghantar tersebut, Su bertindak menfailkan saman untuk menampung perbelanjaan kerja, kos makan dan perbelanjaan perubatan.

Katanya lagi, jika penghantar tersebut sampai tepat pada waktunya, dia tentu tidak akan hamil. Difahamkan, pekerja terbabit enggan membayar apa-apa tuntutan wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)