Wanita Hilang Kuku Kaki Selepas Buat Rawatan Spa Ikan
Lepas baca berita ini mungkin ramai tak berani dah nak buat rawatan spa ikan. Baru-baru ini, seorang wanita berusia 20-an dari New York hilang kuku kakinya selepas mendapatkan rawatan ikan terapi. Biar betul?
Memetik laporan CNN, wanita tersebut mendapatkan rawatan dihospital selepas mendapati kuku kakinya tercabut dan doktor mengesahkan ianya berpunca daripada rawatan spa ikan tersebut.
BACA: Lelaki Dedah Isi Sebenar Jendul Ikan Flowerhorn
Laporan memberitahu, enam bulan sebelum itu, wanita itu melakukan spa ikan yang dipenuhi dengan ikan kecil yang diberi nama Garra rufa. Ikan tersebut akan memakan kulit mati manusia.
Sebelum kuku kakinya menjadi teruk, wanita itu memberitahu, dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau jangkitan. Dia juga tidak mengalami sejarah yang menyebabkan kuku kakinya rapuh dan tidak normal.
Kes itu menarik perhatian doktor kerana wanita itu mengalami onychomedis disebabkan oleh rawatan ikan tersebut. Onychomedis menyebabkan kuku terpisah dari kulit dan akan tercabut terus.
Namun, wanita itu bernaib baik kerana kuku kakinya kini bertambah baik dan akan mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh kembali.
Ini bukan kali pertama rawatan spa ikan menyebabkan masalah kepada pelanggan. Mungkin, ikan dan kolam yang digunakan perlu di bersihkan dengan lebih kerap untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: Pintu Suka Hati Memang Wujud?
- SUMBER
- World of buzz