Jika anda mempunyai masalah berat badan, tidak perlu risau kerana banyak petua yang dikongsikan bagaimana cara untuk menghilangkan lebih lemak dalam badan.

Beratnya pernah mencecah 90kg ketika usia 29 tahun, Siti Rohayatul Husni kongsikan pengalamannya menghilangkan lemak sehingga 40 kg dalam masa lapan bulan. Dengar macam mustahil, tetapi wanita ini mengamalkan menu diet suku-suku separuh yang berkesan membuang lemak degil.

BACA: Gadis Ini Dedah Rahsia Turun 15 Kg Dalam Masa 3 Bulan

Menurut Rohayatul, disebabkan berat badan berlebihan itu dia mengalami masalah kesihatan seperti period jadi tidak teratur dan tumit kakinya mula sakit.  Hasil usahanya, kini berat badannya turun hanya 50kg.

20 Tip turun berat dengan diet suku suku

1. Cuba diet rendah kalori

2. Perhatikan pengambilan kalori

3. Minum air masak secukupnya

Terutama sebelum makan. Air masak boleh jadikan kulit sihat dna putih. Pastikan ambil air dari asas yang bersih, barulah terhindar dari sebarang penyakit.

4. Lupakan diet dan makan secara seimbang

Apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet, anda akan tertekan.

5. Banyakkan protein

Protien memainkan peranan utama dalam proses mengurangkan berat badan

6. Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi

7. Tidur dengan cukup 8 jam sehari

Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup punca terjadinya obesiti

8. Buat sedikit senaman

– Aerobik
– Kardio

9. Katakan tidak pada gula

Pertama, gula semula jadi sangat bagus. Yang wujud dalam buah dan sayuran yang kita amalkan. Atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan dengan Stevia atau Palsweets.

10. Banyakkan sayuran & buah-buahan

11. Teh hijau

Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang lebih lama.

12. Minum air kopi (tanpa gula)

Sebelum memulakan senaman, minum untuk lebih bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.

13. Jangan berlapar

Bila anda berlapar, anda akan makan lebih banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan. Metabolisma akan menurun.

14. Elakkan minuman bergas

15. Kurangkan pengambilan garam

16. Ambil sarapan pagi

Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakat kalori.

17. Minum susu sebelum tidur

Banyak manfaat antaranya melancarkan saluran pembuangan dan tidur lebih nyenyak.

18. Ikut sunnah Nabi, berhenti makan sebelum kenyang.

19. Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari

20. Last tips usaha & tekad.

Menu diet-diet suku yang Siti Rohayatul Husni makan

Sarapan pagi

Makan tengahari

Makan malam

Snek/minum petang

Menu lain-lain

Suami pun ikut sama diet

Paling penting, diet tak perlu stres. Menurut Siti Rohayatul Husni, pelbagaikan menu supaya kita tidak mudah bosan dan tak selalu cheat.

Diharap perkongsian kali ini boleh menjadi pembakar semangat untuk mereka diluar sana yang berniat untuk menurunkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas