Wanita Korea Jadikan Sampin Sebagai Skirt
Biasanya sampin dipakai bersama baju Melayu untuk kaum lelaki terutama ketika menyambut hari raya Aidilfitri. Apa yang mengejutkan, seorang pelancong dari Korea telah menggayakan sampin sebagai skirt di bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall.
BACA: Jepun Perkenal Mandian Berperisa Makanan
Tindakan wanita itu telah mengejutkan pengunjung-pengunjung di bazar tersebut termasuklah peniaga kedai itu sekali kerana terus menyarung sampin di situ untuk menggayakannya.
Wanita berasal dari Korea itu telah datang ke kedai tersebut dua kali demi sampin yang diminatinya. Pada kunjungannya yang pertama, dia tidak dapat mencuba sampin itu kerana memakai skirt kembang.
Namun, dia kembali pada keesokan malam dengan memakai seluar pendek bagi menyenangkan dirinya untuk mencuba sampin sebelum membeli sampin kegemarannya itu.
“Semalam datang pakai kain kembang tak leh test. Hari ni datang pakai seluar pendek terus sarung je,” tulis seorang pengguna laman sosial Facebook, Asip Burger Bachang yang berkongsi gambar wanita itu sedang menggayakan sampin.
Semasa dia menggayakan sampin itu, suaminya turut memberi komen yang menyatakan sampin itu sesuai dengannya. Bahkan, sampin itu juga telah dijahit dengan getah bagi memudahkan wanita itu memakainya.
Kejadian ini telah menarik perhatian warga laman sosial malah ada yang menyifatkan idea wanita itu kreatif dan menarik.
Ada juga yang mengatakan wanita ini meminati budaya tradisional Malaysia. Kita sendiri tidak pernah terfikir bahawa sampin baju Melayu boleh dijadikan sebagai skirt.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Resepi Popia Horlicks
- SUMBER
- MSTAR