Wanita Maut Guna Produk Bermerkuri Sejak 10 Tahun Lalu
Pasti ramai yang tahu mengenai keburukan produk timbang kilo yang kini dijual secara berleluasa. Banyak kes terjadi akibat daripada penggunaan produk tersebut. Ada yang meninggal dunia, ada yang orang dalaman rosak disebabkan oleh produk berbahaya ini.
Perkongsian oleh seorang gadis ini mungkin mampu membuka mata khususnya golongan wanita di luar sana yang terlalu taksub untuk kelihatan cantik tanpa ambil peduli tentang kandungan bahaya produk tersebut.
BACA: “Nak Putih Macam-Mana Lagi, Pergi Telan Clorox”
Lebih mengejutkan, gadis yang dikenali sebagai Didi itu memberitahu, jirannya meninggal dunia akibat menggunakan produk kosmetik berbahaya sejak 10 tahun lalu.
Arwah jiran masuk hospital, buah pinggang & hati rosak
Menurut Didi, arwah jirannya jatuh sakit dan dimasukkan hospital kerana kerosakan buah pinggang dan hati gara-gara produk yang diamalkannya sejak 10 tahun lalu.
Orangnya memang cantik, putih
Doktor memberitahu, punca kerosakan organ dalaman disebabkan oleh produk kosmetik yang diamalkannya sehingga menyebabkan diserang sawan dan mata rabun teruk.
Memang kulit cantik, tapi badan tak mampu nak terima
Menurut gadis ini lagi, tujuannya menceritakan kisah tersebut adalah untuk menasihati wanita di luar sana untuk sayangi diri sendiri. Tak guna jadi cantik tetapi menderita di masa akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas
- SUMBER