Wanita Serang Anggota MPSJ Beri Kerjasama
Berikutan kes seorang wanita ‘menyerang’ seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan steering lock atau besi pengunci stereng, dia memberi kerjasama dengan tampil memberi keterangan berhubung kes tersebut.
BACA: Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun
Video dikongsi oleh Kongsi Semua Malaysia mengenai insiden itu tular sejak hujung minggu lalu dan mendapat pelbagai respon dari pengguna laman sosial.
Malah, ia menunjukkan wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu bertindak di luar batasan apabila cuba menyerang pegawai MPSJ yang mengunci tayar kereta miliknya.
Setelah video itu tular, wanita tersebut pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk memberi keterangan bersama suaminya yang berusia dalam lingkungan 50-an dan juga merupakan seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU).
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, keterangan mereka berdua diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) di ibu pejabat polis berkenaan.
“Hasil semakan mendapati suami kepada wanita berkenaan memang mempunyai kad OKU yang sah namun pihak polis masih jalankan siasatan sama ada lelaki tersebut berada dalam kenderaan ketika kejadian berlaku,” katanya.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kami minta semua pihak memberi ruang untuk kita siasat kes ini sepenuhnya,” jelasnya.
Tambahnya lagi, pihaknya meminta kes itu tidak dibesar-besarkan lagi berikutan pasangan terbabit berada dalam keadaan tertekan selepas insiden itu tular di laman sosial.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?
- SUMBER
- SINAR HARIAN