Kita semua tahu, Malaysia adalah antara yang sungguh cepat dalam menjangkau peratusan diabetes yang ramai dan melalui laporan portal Bernama baru-baru ini, wanita di Terengganu mencatat peratusan tertinggi di dalam negara yang menghidap diabetes.

BACA: Nasi Kerabu Paling Sedap Di Dunia Ada Di Terengganu

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar, dari Januari hingga September lepas, jabatan itu mendaftarkan 23,546 orang pesakit dalam Registri Diabetes Kebangsaan yang terdiri daripada 14,684 pesakit wanita dan 8,862 pesakit lelaki.

Mengikut rekod, sebanyak 49,947 kes penyakit telah dilaporkan dan 61.5% adalah datangnya daripada wanita di negeri tersebut.

“Kita memfokuskan kepada wanita kerana dilihat trend peningkatan pesakit diabetes adalah daripada mereka…ada diabetes biasa dan ada yang menghidap diabetes semasa mengandung.

“Dahulu, orang ingat jika mendapat kencing manis semasa mengandung, ia akan hilang selepas bersalin tetapi hakikatnya, penyakit berkenaan kekal 5 peratus dalam badan mereka…tidak mustahil ia meningkat pada masa hadapan jika tidak dicegah dari awal,” katanya.

Selain itu dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan juga berusaha dalam mempromosikan cara pemakanan sihat, pengurusan berat badan dan juga pelaksanaan aktiviti fizikal secara berjadual.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kajian: Terengganu Paling Ramai Genius
Ini Sebab Pokok Pelangi Di Terengganu Dikecam

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu