Boleh dikatakan dengan kos sara hidup semakin tinggi, ramai terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menampung kehidupan. Malah, ada yang masih terkial-kial mencari kerja dan sukar mendapat pekerjaan.

Tapi siapa sangka, warga Bangladesh di Malaysia mampu bergelar jutawan dengan pendapatan bersih RM100,000 sebulan dengan menjadi pemborong baju dan seluar ciplak jenama terkemuka.

BACA: Teh Ais Bangla Laris, Orang Beratur Panjang?

Lebih mengejutkan, kualiti barangan ciplak yang dijual hampir 90 peratus menyamai produk tulen.

Malah, itu antara taktik licik warga Bangladesh yang pada mulanya datang ke negara ini dan bekerja sebagai uruh kasar dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Bukan itu saja, kebanyakan mereka juga turut bertukar profesion menjadi tauke dan ada di antaranya bergelar jutawan menjual barang cetak rompak.

Perkara itu terbongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Selangor menyerbu empat premis perniagaan di Kenanga Wholesale City, dimana sebelum ini anggota mereka melakukan penyamaran.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana disyaki mendedah, membekal dan menyimpan barangan yang menggunakan cap dagang palsu.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang