Siapa yang tidak marah apabila hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar malang akibat ditipu oleh perunding perkahwinan.

Seorang perunding perkahwinan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini kerana didakwa menipu seorang pelanggan sebanyak RM8,500.

BACA: Ini Jadi Bila Wedding Planner Tak Jujur

Pemilik syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi, Zurina Ahmad Jundin, 34 tahun, mengaku tak bersalah atas tuduhan tersebut di depan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Dia dituduh memperdaya Nor Ika Nadzirah Sirajudin dengan memintanya membayar wang deposit sebanyak RM8,500 sebagai kos upah pakej perkahwinan di Zurin Jundi Wedding Planner, Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada 22 Mac hingga 13 Mei tahun ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir sementara itu tertuduh tidak diwakili peguam.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika disabitkan bersalah.

Mahkamah menetapkan 17 Disember untuk sebutan semula dan serahan dokumen serta tertuduh dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Zurina atau lebih dikenali dengan Zurin Jundi sebelum ini pernah tampil memohon maaf kepada para pelanggannya dan akan membuat bayaran secara ansuran kepada mereka pada 5 September lepas.

ARTIKEL BERKAITAN:
Selepas Viral, Wedding Planner Selesai Ganti Rugi
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia