WHO Akui Silap Semasa Penilaian, Risiko Jangkitan Coronavirus Sebenarnya Di Tahap Bahaya
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah dikritik dengan cara pengendalian wabak di dunia. Nampaknya, baru-baru ini mereka mengakui berlaku kesilapan dalam penilaian wabak coronavirus di China.
Menerusi laporan terbaru hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan risiko global terhadap Wuhan Coronavirus adalah tinggi sekali gus mengakui kesilapan laporan terdahulu yang menyatakannya sebagai sederhana adalah tidak tepat.
BACA: Kerajaan Akhirnya Gantung Sementara Kemasukan Pelancong China
Meskipun risiko jangkitan Coronavirus di tahap bahaya namun WHO tidak mengisytiharkan virus itu bukan darurat kesihatan awam antarabangsa.
WHO pada Khamis lalu menghentikan pengumuman coronavirus sebagai darurat kesihatan disebabkan bimbang dengan komuniti antarabangsa.
Virus itu, yang pertama kali dikenal pasti di bandar Wuhan di China pada 31 Disember, sejak itu telah menjangkiti lebih daripada 2,700 orang di seluruh dunia, termasuk beberapa kes yang dikenal pasti di lebih daripada sedozen negara lain.
Dalam pada itu, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang mengunjungi China minggu ini turut ditanya oleh para wartawan tentang keputusan WHO untuk tidak mengisytiharkan wabak itu sebagai kecamasan global.
“Ini adalah kecemasan di China tetapi ia belum menjadi kecemasan kesihatan global,” katanya.
Setakat ini, angka kematian akibat coronavirus meningkat kepada 106 orang dengan jumlah jangkitan meningkat kepada lebih 4,500 orang.