Wifi Percuma Di Pasar Malam Ipoh
Waktu malam di bandar Ipoh, Perak kini bertambah meriah dengan adanya Ipoh Walk Night Bazaar. Terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, berdekatan dengan AEON Kinta City Mall, pasar malam ini dilabelkan sebagai yang terbesar di Malaysia.
BACA: Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Ini kerana, 1000 gerai menanti pengunjung dengan pelbagai barangan dan makanan sekaligus menjadikan ia sebagai pasar malam paling gah di Malaysia.
Mahu menepis jolokan pasar malam tipikal, Ipoh Walk Night Bazaar turut menyediakan perkhidmatan Wifi Percuma!
Mereka yang berada di bandar Ipoh yang memerlukan 10 minit untuk datang ke Ipoh Walk.
Meskipun pasar malam itu telah pun dibuka kepada orang ramai sejak September lalu namun pelancaran rasmi hanya akan diadakan pada 8 Disember depan.
Ketika ini hanya beberapa ratus gerai sedang beroperasi namun dijangka akan mencecah angka 1000 sebagai beroperasi sepenuhnya.
Diadakan di kawasan seluas 4.8 hektar, pasar malam itu menyediakan 300 gerai makanan dengan baki 450 gerai lagi menawarkan pelbagai barangan lain.
Dikhabarkan, Ipoh Walk turut menampilkan makanan popular daripada Thailand, Taiwan dan Indonesia.
Jadi untuk mereka yang berminat, dinasihatkan untuk berkunjung dengan perut yang kosong kerana terdapat pelbagai juadah yang dijual.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- Says