Bermula dengan sekadar suka-suka mencampurkan nenas ke atas piza sebagai topping, Sam Panopoulos telah menjadi pencipta menu yang menjadi kegemaran ramai ini.

BACA: Ayam Percik Abang Sado Laris Di Bazar Ramadan

Beliau yang merupakan seorang imigran Greek telah mencipta menu popular dunia ini di restorannya yang terletak di Kanada 50 tahun yang lalu.

Namun begitu pada Khamis yang lalu, Panopaulos telah dilaporkan meninggal dunia ketika usianya 83 tahun di sebuah hospital di London.

Keunikan rasa manis dan masam atas piza Hawaiian ciptaan Panopaulos telah menerima pelbagai komen yang positif daripada ramai orang walaupun pada mulanya menu tersebut dikritik ramai.

Sam Panopoulos-Pencipta menu piza Hawaiian

Bahkan, pada Februari yang lalu, Presiden Iceland, Guoni Johannesson telah membantah penggunaan nenas untuk piza Hawaiian itu.

Tindakan itu telah dikecam orang ramai orang sehingga Johannesson tampil mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melarang penggunaan buah tropika itu.

VIDEO: Jual Pizza Depan Rumah Saja, Tapi Kena Beratur Panjang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram