Masalah utama seringkali terjadi kepada semua orang ialah bila anda tidak tahu mahu makan di mana. Kadangkala ada yang bergaduh hanya kerana tidak tahu nak makan apa.

Di sini kami kongsikan beberapa lokasi tempat makan yang ‘rare’ ada di Selangor. Jika anda belum mencubanya lagi, inilah masanya untuk jalan-jalan cari makan bersama yang tersayang.

BACA: Ciptaan Pasaraya Tempatan Ini Bantu Anda Masak Dengan Pantas!

1. Restoran Gold Chili Seafood, USJ 21

Jika anda sedang mencari ‘port’ terbaru untuk hidangan butter chicken, anda boleh datang ke sini dan alami sendiri kenikmatannya. Selain itu, mereka juga ada hidangan lain seperti cripsy salted egg sotong, chili crab, portuguese style grilled fish dan banyak lagi. Malah, ruang kedai juga agak luas berbanding Gold Chili di SS15, Subang Jaya.

2. Restoran Well Cook Gourmet, SS14 Subang Jaya

Laksa goreng di sini merupakan antara hidangan popular restoran ini selain dari nasi goreng tomyam dan popia.

3. Lim Chicken Rice, SS14 Subang Jaya

Kepada peminat nasi ayam di luar sana, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk mencari nasi ayam terbaik. Selain nasi ayam, anda wajib cuba bihun sup dan bubur ayam yang ada di sini.

4. Restoran Sri Keningau, Meru, Klang

Untuk penggemar makanan laut, menu sesuai untuk anda ialah nasi kapal karam kerana terdapat pelbagai jenis makanan laut dihidangkan.

5. Nasi Ayam Penyet Mak Lampir, Bandar Sunway

Walaupun namanya agak seram, tetapi ayam penyet ini pasti membuatkan anda akan datang lagi selepas mencubanya sekali. Sambalnya yang pedas, ayam besar, ikan juga besar dan air extra joss memang buat anda tersandar kekenyangan!

6. Makhan by Kitchen Mafia, Seksyen 17, Petaling Jaya

Restoran ini dimiliki oleh Chef Sherson dan anda pasti mengetahui masakannya tidak pernah tak sedap. Jadi, memang tak rugi jika anda mahu mencuba makanan di sini.

7. Warung Ibu Nasi Ambeng, Tanjung Karang

Agak sukar untuk mencari nasi ambeng yang betul-betul menepati rasa nasi ambeng yang sebenar. Pemilik warung ini mungkin berketurunan Jawa kerana masakannya memang power!

8. Restoran Temerloh Katering, Seksyen 15, Shah Alam

Selain masakan lauk yang enak untuk makan tengahari, lauk patin tempoyak di restoran ini dikatakan paling sedap di sekitar Shah Alam.

9. Sisters Char Koay Teow, USJ 16, Subang

Jika anda mahu mencari char kuey teow terbaik selain Kuey Teow Aunty Gemok, anda boleh datang makan ke sini pula nanti.

10. Restoran Hatinie, Seksyen 10, Shah Alam

Selain makan tengahari yang best, restoran ini juga menyediakan sarapan yang enak dan pastinya membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Malah, mereka turut menyediakan pelbagai jenis bubur.

Banyak lagi lokasi-lokasi menarik yang anda boleh cuba namun apa kata anda cuba senarai di atas yang kami kongsikan ini. Semoga anda tidak buntu lagi untuk mencari tempat makan selepas ini selain dapat mencuba menu baru.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Syahdu Betul Hirup Dubu Jjigae Dekat Sini