Di China, Arnab Pun Makan Pedas
Wilayah Chongqing, China sangat terkenal dengan masakan pedas yang sememangnya mampu menusuk hidung. Bagaimanapun, siapa sangka selain manusia ada seekor mahluk yang turut menjadikan bahan pedas ini antara makanan pilihan.
BACA: Beli Ayam Goreng Mamak, ‘Percuma’ Ulat
Huang Chao, 31 tahun mendapati arnab peliharaannya amat gemar memakan makanan pedas selepas isterinya tidak sengaja menjatuhkan cili kering ke lantai.
Dalam insiden yang berlaku Disember lalu itu, dia terkejut melihat arnabnya memakan cili kering tersebut.
Mengakui bimbang akan menjejaskan kesihatan haiwan peliharaanya, Huang bagaimanapun terkejut apabila mendapati selera hawan itu lebih baik selepas memakan cili itu.
Kini, selepas memakan tiga biji lobak, Huang akan memberikan cili kering kepada arnabnya itu setiap hari.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Asam Pedas Tepi Sungai Melaka?
- SUMBER
- Daily Mail