Tidak dinafikan sesetengah orang zaman sekarang lebih suka menilai luaran seseorang daripada dalaman. Kadangkala kita harus melihat dalaman dahulu sebelum menilai sama ada seseorang itu baik atau tidak.

Walaupun luarannya nampak begitu ‘rock’, namun suara lunak jejaka ini mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran berjaya mengubah persepsi masyarakat kita.

BACA: Nak Perhatian, Culik Diri Sendiri

Seorang lelaki berasal dari Lombok, Muhammad Fajri Radeah, 21 tahun berkata, tujuan dia memuatnaik video di laman sosial Facebook mengenai dirinya sedang bertaranum itu bukanlah untuk menunjuk atau riak, namun untuk berkongsi aktiviti masa lapang yang dilakukannya bersama warga laman sosial.

“Saya buat ini hanya untuk mengisi kekosongan masa, tiada niat untuk riak, saya tahu riak itu dilarang Allah, berdosa,” ujarnya.

Ternyata ramai warga laman sosial itu memuji serta berpendapat lafaz dan tajwid pada bacaannya juga hampir sempurna.

Fajri yang juga bekerja sebagai seorang buruh di Semenyih, Kajang menambah, dia akan membaca beberapa surah ketika waktu rehat di rumah kongsi tapak pembinaan rumah tempat dia bekerja dan merakam bacaan jika sempat.

“Tidaklah selalu, kadang-kadang sahaja. Kalau baca di rumah kongsi rakamannya kurang jelas berbanding bacaan di ruang tertutup dan ada air-cond,” katanya lagi.

Selain Fajri, seorang lelaki berambut panjang ala Bob marley turut menarik perhatian warga laman sosial kerana mengimamkan solat berjemaah.

Lelaki berasal dari Indonesia itu dikenali sebagai Topan ialah seorang pelakon di negara kelahirannya. Difahamkan, selepas video Topan menjadi imam tular di laman sosial, sesetengah warga laman sosial berpendapat dia mempunyai bacaan mirip Imam Masjidil Haram, Syekh Abdul Rahman Al’ausy.

Diharapkan semoga makin ramai golongan anak muda kita dapat mencontohi kedua lelaki ini kerana mereka mendalami agama Islam dengan begitu mendalam dan mampu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar dan betul.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia