Syarikat gergasi farmasi gergasi Johnson & Johnson (J&J) diperintah membayar pampasan AS$4.69 bilion (RM18.98 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak keluaran syarikat itu menyebabkan kanser.

Mangsa mendakwa mereka menghidapi kanser ovari kerana talkum termasuk bedak bayi keluaran Johnson & Johnson mengandungi asbestos.

BACA: Kucing Terkenal Menang Saman RM2.8 Juta

Dalam pada itu, peguam kepada wanita terbabit, Mark Lanier turut meminta agar produk Johnson & Johnson dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan kematian berlaku.

Gambar: Asbestos Health Line

“Selama lebih 40 tahun, Johnson & Johnson menutup bukti kehadiran asbestos dalam produk mereka.

“Jika Johnson & Johnson berkeras untuk menjual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran,” kata Lanier.

Kesemua mangsa berkata, mereka telah menggunakan bedak bayi tersebut sejak berdekad lamanya dan produk kosmetik talkum keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami penyakit.

Mereka mendakwa syarikat itu mengetahui bahawa bedak keluaran mereka mengandungi bahan tercemar iaitu asbestos sejak tahun 1970-an tetapi memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Bukan Biskut Rokok!