3 Lelaki Kelantan Ditahan, Rancang Bom Festival Beer
Tiga individu, termasuk seorang pelajar Tingkatan Enam berusia 19 tahun telah dicekup pegawai anti-pengganas di Kelantan, 10 Oktober lalu, ekoran didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS (Islamic State). Mereka dipercayai telah membuat eksperimen dengan bom buatan sendiri dengan menjadikan beberapa lokasi sebagai sasaran.
BACA: Kerana Fizikal, Jadi Perhatian Di Hospital
Bom buatan sendiri itu – yang dikenali sebagai IED (alat peletup buatan sendiri) – dilaporkan akan ditempatkan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.
Antara lokasi dikenal pasti adalah Festival Beer 2017, yang sepatutnya berlangsung di Publika, Hartamas sebelum dibatalkan oleh majlis perbandaran.
Difahamkan, beberapa pusat hiburan dan tempat beribadat bagi bukan Islam turut menjadi sasaran.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, menjelaskan ketiga-tiga suspek telah ditahan di Pasir Putih, 10 Oktober lalu.
Dia berkata remaja tersebut, seorang pelajar di sebuah sekolah terletak di kawasan sama, dipercayai menjadi individu bertanggungjawab menghasilkan bom tersebut.
Seorang lagi individu ditahan merupakan bekas tentera berusia 34 tahun yang kini bekerja sebagai pekerja buruh.
Beliau menjelaskan tugas lelaki itu adalah mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai penghasilan bom tersebut.
Individu ketiga merupakan seorang kontraktor berusia 25 tahun daripada Perak.
Bagaimanapun, buat masa ini pihak polis masih dalam siasatan sama ada trio terbabit ada mendapat arahan daripada mana-mana pihak.
Difahamkan, mereka telah menjalankan ujian letupan IED tersebut di sebuah lapangan pada 28 September lalu dan ujian kedua beberapa hari kemudian.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!
- SUMBER
- NST