Doktor palsu, Nur Farahanis Ezzaty Adli, yang dihukum penjara selepas menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa lesen, telah menyuarakan permohonan maaf secara terbuka. Dia sebelum ini menjadi sasaran kecaman warga media sosial susulan memuat naik video yang menampakkan keangkuhannya.

BACA:  Demi Selfie Buruk, Gadis Sanggup Pusing Satu Dunia

Gadis berusia 20 tahun itu – yang dikenali di media sosial sebagai Nara – membuat permohonan maaf tersebut menerusi Harian Metro, hampir dua minggu selepas dikritik ekoran tidak menyesali kesalahannya.

Dalam video berdurasi lima minit itu, dia menyatakan penyesalan kerana memuat naik video yang tidak wajar selepas dibebaskan daripada penjara.

Dia turut menjelaskan bahawa perkhidmatannya tidak mendapat bantuan daripada Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Nur Farahanis berkata video yang dimuat naik itu dibuat atas niat yang baik dan bukannya mencari publisiti.

Dia turut menegaskan bahawa tidak mendapat sebarang bantuan berbentuk kewangan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekaligus mengharapkan orang ramai tidak lagi tersalah tafsir situasinya pada masa akan datang.

Sebelum ini, Nur Farahanis mengakui bersalah menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa lesen di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1998.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sempat Rembat Headphone Sony Harga RM1,299