Bila kali terakhir anda menghadiri festival makan-makan yang masih anda ingat sehingga kini? Mesti sudah lama tak pergi’kan? Ha, kami nak kongsikan dengan anda satu festival yang akan diadakan pada 12 dan 13 Mei ini – Jibby&Co Makan Hall!

Siapa pernah makan di Jibby & Co dan Serai mesti boleh tahu betapa nikmatnya makanan yang dihidangkan di sana dan lagi best, festival ini juga sebenarnya ada pelbagai tarikan. Jika anda nak tahu, menu-menu istimewa yang dihidangkan nanti juga disediakan khas oleh chef penuh pengalaman.

Kami kongsikan bersama anda beberapa sebab mengapa anda wajib serbu festival ini.

1. Sesuai Bawa Keluarga Shopping & Sambut Hari Ibu

Tarikh yang dipilih pun sangat sesuai iaitu pada Hari Ibu dan juga hujung minggu. Kat festival tu, ada bengkel hiasan bunga khas sempena Hari Ibu! Bila kali terakhir anda luang masa bersama ibu tercinta? Kalau jawapannya anda sendiri tak ingat, elok sangatlah bawak keluarga anda sekali di sini. Haaa, aktiviti ni memang sesuai sekali!

Bukan hanya ada makan-makan tau, siap boleh shopping untuk raya sekali. Datang ke festival ini tak usah risau hujan atau panas sebab memang diadakan di dalam kawasan yang selamat dan terlindung. Nak tahu diadakan di mana? Kenalah baca sampai habis.

2. Macam-Macam Aktiviti

Selain shopping dan juga makan-makan bersama keluarga, Jibby&Co Makan Hall ini juga turut menyediakan pelbagai lagi aktiviti menarik. Mana yang suka jaga kesihatan wajah itu, ada kosmetik berasaskan bahan organik.

Selain itu ada juga cabutan bertuah dan demonstrasi oleh naib juara dalam pertandingan Latte Art Championship. Malah ada juga persembahan daripada kumpulan muzik. Layan betul, sambil makan sambil dengar muzik.

3. Tak Bawa Wang Tunai? No Problem!

Ini bahagian yang paling menarik untuk festival Jibby&Co Makan Hall ini. Sebabnya ini merupakan festival pertama yang tidak memerlukan anda untuk membayar dengan wang tunai. Nak tahu sebab apa? Ini kerana, festival yang juga sambutan ulangtahun ke-4 Jibby&Co telah dibawakan khas oleh Boost – applikasi e-Wallet Malaysia.

Maksudnya, anda muat turun aplikasi Boost daripada Android Play Store atau Apple App Store, dan topup e-wallet anda dengan jumlah yang anda tentukan sendiri. Senang nanti datang festival ini, cuma bayar guna aplikasi Boost sahaja. Memang mudah!

Jadi, bagi anda yang ingin sama-sama merasai kemeriahan festival ini, kami kongsikan juga maklumat dan juga infografik bersama anda. Jangan lupa untuk tandakan awal-awal dalam kalendar anda ya!

Tarikh: 12 and 13 Mei 2018

Lokasi: Ruang Tempat Letak Kereta Premium Ground Floor di Empire Subang Gallery

Waktu: Bermula 10 pagi dan berakhir 10 malam

Klik sini juga untuk maklumat lanjut: https://goo.gl/qh14pc