Semalam media sosial di penuhi dengan posting berkenaan Pilihan Raya Umum ke14 dan ramai juga mengambil kesempatan dengan memuat naik gambar dakwat di jari sebagai tanda bahawa mereka sudah pun menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Dalam banyak-banyak posting berkenaan PRU14, ada satu posting ini ternyata menarik perhatian netizen apabila seorang pengguna Facebook Matilda NY, kongsikan foto seorang anggota polis kacak di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Johor Bahru.

BACA: Baling Batu Pada KTM, Bukti Rakyat Malaysia Mundur

“Elok sangat ni, pertama kali nampak dia masa tengah beratur panjang kat belakang. Muka serius pun tetap elok.

“I kan bawa payung and snack bagai, tumpang la letak kat meja dia, jadi dapatlah bercakap sikit, tak sombong orangnya, lagilah manis,”

Menurut wanita itu, dia tidak sangka postingnya itu akan tular dan menjadi perhatian ramai.

“Saya suka-suka je post gambar tu, kalau tak tension je semua orang waktu pilihan raya macam ni. Pada waktu itu, anggota polis tu pun tak perasan saya ambil gambar dia.

Katanya lagi, dia juga menerima banyak mesej di Facebook di mana ada individu berkongsi maklumat tentang anggota polis berpangkat Lans Koperal itu.

Rara-rata netizen turut teruja dan memuji ketampanan wajah anggota polis itu. Tidak kurang juga ada yang selitkan komen berunsur jenaka.

Apa-apa pun, kita patut ucapkan terima kasih kepada pegawai atau individu yang bertungkus lumus menjalankan tugas semalam sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

15 Ketul Nugget Dalam Masa 60 Saat?