Setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kesihatan sebagai contoh mengambil pemakanan tertentu. Namun berbeza dengan seorang lelaki dari United Kingdom ini yang menjadikan air kencing sendiri sebagai minuman kesihatan.

Lebih mengejutkan lelaki tersebut, Fabian Farquharson, 37, berkata dia sudah mengamalkan minuman tersebut sejak tiga tahun lalu. Katanya, semuanya bermula selepas dia membaca mengenai kelebihan air kencing di internet.

BACA: Jijik! Minum Air Kencing Anjing Untuk Ubati Jerawat

Foto: Metro.co.uk

Fabian berkata, setiap hari dia akan meneguk air kencing baru dan air kencing yang disimpan dalam tempoh sebulan.

Fabian yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman mendakwa tubuhnya semakin sihat, gembira dan bijak sejak mengamalkan minuman tersebut.

“Saya memuat pencarian mengenai perubatan alternatif dan membaca mengenainya. Saya memang berfikiran terbuka, saya cuba minum air kencing. Setelah percubaan itu, saya mula rasa hebat.

“Seolah-olah penuh dengan tenaga. Ia menjadi amalan harian saya. Anda pun patut cuba,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥