33 Tahun Jual Kuey Tiow, Jana Pendapatan 5 Angka Sehari
Sememangnya diakui berniaga bukannya perkara mudah, ada naik turunnya. Boleh dikatakan ramai peniaga di luar sana yang walaupun mengalami sedikit kerugian, terus buat keputusan untuk berhenti berniaga.
Paling penting dalam berniaga, perlu kuat untuk menghadapi segala risiko yang mendatang. Sama seperti pemilik kedai Iman Koeteow ini yang sudah berniaga kuew tiow selama 33 tahun.
BACA: OKU Pun Boleh Berjaya, Jual Kebab Raih RM8,000 Sehari
Bertapak di Alor Setar, Kedah, pengusaha Iman Koeteow memberitahu mereka mempunyai 50 orang pekerja untuk mengendalikan urusan perniagaan. Ramainya pekerja, jadi boleh bayangkan berapa ramai pelanggan yang datang dalam satu hari.
Menurut laporan Cari Forum, purata kerang yang dibelanjakan seminggu berniaga bersamaan dengan harga seekor lembu. Bukan itu saja, hampir 3000 telur digunakan setiap hari.
Harga untuk sepinggan kuey tiow special adalah RM5.50. Menurut perkiraan, jika 3000 pelanggan membeli kuey tiow special, itu bermakna dalam sehari peniaga menjana pendapatan sebanyak RM16,500.
Tidak kurang juga netizen turut membuat perkiraan jumlah pendapatan Iman Koteow peroleh dalam sehari dan seperti tidak percaya dengan hasil jualan kedai makan tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji kuew tiow gerai tersebut sememangnya sedap dan ramai yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati Iman Iman Koeteow.
Jadi buat anda diluar sana, jadikan kisah kejayaan peniaga ini sebagai motivasi untuk lebih berjaya kerana tiada apa yang mustahil dan kejayaan tidak datang bergolek.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- CariForum