Gara-gara mengkritik masakannya tidak cukup masin, seorang wanita bertindak menikam suaminya sekurang-kurangnya 35 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Penza, Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu hidangan yang dimasak isterinya, Evgenia, 31, kurang garam sewaktu ada tetamu lain datang ke rumah mereka.

BACA: Dihina Tak Pandai Masak, Wanita Bunuh Ahli Keluarga

Pasangan itu bertengkar selepas suaminya itu mengadu hidangan yang dimasaknya rasa ‘hambar’. Mangsa turut mendakwa hidangan yang disediakan tidak mempunyai rasa serta mengatakan itu bermakna isterinya itu tidak mencintainya.

Pertengkaran mereka berterusan selepas pasangan tetamu masuk tidur dan mangsa mula memukul isterinya. Wanita itu menunggu sehingga suaminya tidur dan menikamnya sehingga mati di hadapan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.

Setelah menikam suaminya yang sedang tidur beberapa kali, Evgenia mengejutkan tetamu lelaki di rumahnya dan meminta untuk menghubungi ambulans.

Pisau yang digunakan oleh Evgenia untuk membunuh suaminya.

Paramedik mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan tertuduh memberitahu insiden itu bukan kali pertama mereka berdua bertengkar. Bagaimanapun, laporan tidak menyatakan menu yang dimasak oleh wanita itu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?