4 Sebab Kenapa Uncle Tetsu Diserbu Orang Ramai
Ramai yang jatuh cinta bila pertama kali makan kek keju Uncle Tetsu. Kami pun tidak tertahan tengok kelembutan cheesecake yang mereka kongsikan di Facebook.
Jadi, kami nak ceritalah sikit bagaimana Uncle Tetsu bermula. Nama sebenar Uncle Tetsu ialah Tetsushi Mizokami.
Sepanjang perjalanannya dalam industri makanan, Uncle Tetsu telah jatuh hati dengan Australian Cheese yang seterusnya menjadi bahan utama dalam penghasilan cheesecake (kek keju) yang super lembut, yang anda boleh rasa sendiri sekarang!
Jenama Uncle Tetsu Cheesecake tersebut cepat tersebar dan kini mempunyai banyak cawangan di serata dunia dan salah satunya lokasi yang semakin berkembang cawangannya adalah di Malaysia. Jika berkesempatan, bolehlah singgah di salah satu outlet yang beroperasi di sekitar Malaysia.
1. Halal
Ha, anda semua tidak perlu risau dan ragu lagi dengan status Halal di Uncle Tetsu sebab central kitchen mereka sememangnya sudah memperolehi sijil Halal, sekaligus membuang segala keraguan orang ramai terhadap produk tersebut.
2. Bersih & Telus
Apa yang kami suka tentang konsep outlet Uncle Tetsu ini adalah kita dapat melihat sendiri langkah-langkah dan proses penyediaan. Memang bersih belaka kesemuanya dan konsep telus sebeginilah yang telah membuatkan orang ramai tidak sabar sabar menunggu cheesecake mereka siap!
3. Pelbagai Pilihan
* Uncle Tetsu Signature Cheesecake/Chocolate Cake/Matcha
Ha, inilah dia cheesecake yang kami ceritakan dari awal tadi. Cheesecakenya sangat lembut !Dan untuk pengetahuan anda, keju dari Australia digunakan untuk membuat kek ini. Sebab itulah bila makan, terasa fluffy sangat seperti ada udara di dalam, sangat lembut dan cair saat di lidah. Kecur pulak bila teringat semula.
+ Uncle Tetsu Signature Cheesecake – RM21/kek
+ Uncle Tetsu Chocolate Cake – RM23/kek
+ Uncle Tetsu Signature Matcha Cheesecake – RM23/kek
* Uncle Tetsu Cheese Hat Series
Ini merupakan pencuci mulut yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan cheese. Kami sempat tengok proses pembuatannya menggunakan mangkuk khas. Bila siap dan disejukkan, ternyata teksturnya sangat lembut. Antara pilihan rasa lain yang ada adalah Original, Chocolate dan Matcha.
Uncle Tetsu Hat Series @ RM21.90/kek
* Uncle Tetsu Kurimi Cheesetart (sekarang ada perisa Matcha!)
Okay, untuk Kurimi Cheesetart bila masuk dalam mulut saja, memang terasa dia punya lemak cheese yang digunakan. Apa yang menarik, kerak cheesetart tidak terlalu tebal. Kalau beli, jangan kongsi dengan kawan anda.
+ Uncle Tetsu Kurimi Cheesetart – RM4.50/biji
+ Uncle Tetsu Matcha Kurimi Cheesetart – RM5/biji
* Uncle Tetsu Madeleine (Honey, Matcha, Chocolate & Earl Grey)
Ini antara kegemaran kami juga. Baru lagi hadir, Uncle Tetsu Madeleine ini merupakan salah satu kek yang anda kena cuba. Lembut dan ada kepelbagaian rasa yang perlu anda cuba. Teskturnya yang lembut dan saiznya yang begitu comel. Jangan lepaskan peluang yang ada kerana Madeleine merupakan produk bermusim.
+ Uncle Tetsu Madeleine – RM3.90/biji
4. Kualiti Terbaik & Kini Ada Banyak Cawangan!
Sudah ada Sijil Halal , outlet pun diuruskan dengan bersih, kini Uncle Tetsu sudah membuka 12 cawangan di seluruh negara. Ini membuktikan sambutan yang sangat menggalakkan kepada cheesecake yang berasal dari Jepun ini. Klik sini untuk mengetahui di mana lokasi terdekat anda boleh dapatkan Uncle Tetsu!
Jadi apa tunggu lagi, jom terjah cawangan yang berdekatan dengan anda atau jika tidak mahu ketinggalan tentang update terkini mereka, ikuti Facebook Uncle Tetsu Malaysia.
Kami belanja sikit beberapa video bagaimana Kurimi Cheesetart dan juga juga Signature Cheesecake yang dibuat. Geram betul tengok kelembutan Signature Cheesecake!