Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang Bermula 6 Mac

Bermula 6 Mac ini, beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang bakal mengalami gangguan bekalan air selama 3 hari dari Selasa hingga Jumaat berikutan kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Antara kawasan yang terlibat, termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan oleh Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) akan menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya.

Menurut pihak Syabas lagi, orang ramai diminta menyimpan air secukupnya sebelum 6 Mac ini.

TEMPOH GANGGUAN BEKALAN AIR MENGIKUT WILAYAH

Petaling: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Klang/Shah Alam: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 pagi (09/03/2018)

Gombak: 8 pagi (06/03/2018) hingga 12 tengah malam (08/03/2018)

Kuala Lumpur: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (08/03/2018)

Kuala Langat: 8 pagi (06/03/2018) hingga 3 petang (07/03/2018)

Hulu Selangor: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Untuk mengetahui lanjut tentang senarai kawasan yang terlibat, orang ramai boleh ke laman web Syabas.